China Cipta Bateri Nuklear Boleh Tahan Selama 50 Tahun Tanpa Cas

Sebuah syarikat di China dilapor berjaya mencipta sebuah bateri nuklear bersaiz sekeping wang syiling yang dikatakan mampu menjaga kuasa elektrik selama 50 tahun tanpa perlu dicas.

china cipta bateri nuklear boleh tahan selama 50 tahun tanpa cas

Menurut laporan, syarikat Betavolt di Beijing itu telah membangunkan bateri nuklear pada 8 Januari lalu untuk kegunaan orang ramai.

 

Namun ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan mampu digunakan pada telefon pintar di masa hadapan.

 

Dikenali sebagai BV100, ia menggunakan isotop radioaktif nikel (Ni-63) yang mereput, dengan ukuran 15x15x15 mm mempunyai kuasa 100 mikrowatt dan 3 volt voltan.

china cipta bateri nuklear boleh tahan selama 50 tahun tanpa cas

Dengan menyasarkan bateri berkuasa 1 watt menjelang 2025, teknologi itu dikatakan jauh mendahului penyelidikan saintifik Eropah dan Amerika.

 

Sumber: Kosmo!