Amaran Kemunculan Semula Wabak COVID-19 Oleh China

Negara China telah mengeluarkan amaran mengenai kemunculan semula wabak COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia sedang berusaha membendung dan mengawal virus berkenaan.

amaran kemunculan semula wabak covid-19 oleh china

Menurut China, sembilan daerah di peringkat wilayah di China telah merekodkan lebih 100 kes jangkitan COVID-19 sejak Ogos dengan lebih 2,000 jangkitan di Hainan.

 

Terbaharu wabak COVID-19 dilaporkan merebak dengan pantas di bandar pesisir pantai Sanya dekat wilayah Hainan di selatan China, selain penularan di peringkat wilayah seperti di Xinjiang, Mongolia Dalam dan Guangdong.

amaran kemunculan semula wabak covid-19 oleh china

Sebanyak 614 jangkitan tempatan baharu dicatatkan pada minggu lalu termasuk 559 kes di wilayah Hainan.

 

Negara China dilihat sangat berhati-hati dengan peningkatan kes COVID-19 dengan turut mengamalkan dasar kes sifar jangkitan.

 

Sumber: AWANI / BERNAMA