Chelsea Mara Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara!

Peminat Chelsea mesti happy hari ni sebab pasukan diorang menang 2-0 ke atas Borussia Dortmund. 

 

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Chelsea dalam semua kejohanan, kali pertama ia berlaku sejak Oktober lalu.

chelsea mara ke suku akhir liga juara-juara!

Bukan tu je, ini juga kali pertama mereka berjaya jaringkan lebih daripada 1 gol dalam mana-mana perlawanan tahun ini.

 

Dalam aksi timbal balik Liga Juara-Juara pagi tadi, Raheem Sterling dan Kai Havertz masing-masing meledak 1 gol untuk The Blues.

 

Kiranya Chelsea balas dendam la kali ni sebab masa aksi pertama dulu, Dortmund menang 1-0.

 

Lega lah sikit Graham Potter yang sebelum ini dihimpit pelbagai kritikan mengenai prestasi hambar The Blues yang tersingkir daripada 2 piala domestik dan kini duduki tangga ke-10 EPL.

chelsea mara ke suku akhir liga juara-juara!

Potter sifatkan kemenangan pagi tadi adalah kemuncak kariernya sebagai pengurus kelab.

 

Mungkinkah ini permulaan kepada kebangkitan Chelsea?

 

Kita tunggu perlawanan seterusnya sama ada The Blues mampu kekalkan momentum kemenangan ni atau tak, okay?

 

Selain Chelsea, Benfica pun mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat besar 7-1.

 

Ini selepas Benfica belasah Club Brugge 5-1 pada aksi timbal balik pagi tadi.

 

Oleh Izzati Amir