Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada Isnin, 10 Oktober 2022 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Selaras dengan Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen.
Justeru, mereka yang layak mengundi akan membuang undi masing-masing pada tempat serta lokasi yang telah ditetapkan dalam sistem Semakan Daftar Pemilih.
Terdapat tiga cara yang boleh digunakan untuk membuat semakan daftar pemilih dan tempat undi PRU 15 2022.
1. Portal MySPR
- Layari laman portal MySPRSemak
- Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
- Masukkan nombor kad pengenalan / no. perkhidmatan tentera / no. perkhidmatan polis.
- Masukkan aksara captcha
- Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
2. Aplikasi MySPR Semak
- Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
1. Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101
2. Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mysprsemak.spr&hl=id&gl=US
- Isikan nombor kad pengenalan
- Masukkan aksara captcha
- Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
3. Hotline SPR
- Hubungi talian hotline SPR 03-88927018 untuk semakan melalui talian telefon.
Sumber: Info Terkini