Tak Tahu Undi Dekat Mana PRN 2023? Ini Cara Semak Pusat Mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini telah menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

tak tahu undi dekat mana prn 2023? ini cara semak pusat mengundi

Bagi warganegara Malaysia, berusia 21 tahun ke atas, bermastautin di kawasan pilihan raya yang didaftarkan serta tidak dihalang oleh undang-undang pihak berkuasa, mereka layak untuk membuang kertas undi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

 

Cara membuat semakan daftar pemilih

 

Anda boleh membuat semakan daftar pengundi melalui laman web rasmi SPR dengan langkah berikut:

 

1. Layari laman web SPR di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan

2. Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”

3. Masukan Nombor Kad Pengenalan

tak tahu undi dekat mana prn 2023? ini cara semak pusat mengundi

4. Masukkan Captcha seperti yang tertera

5. Klik pada butang Semak

6. Hasil carian akan dipaparkan

 

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018. Info lanjut layari www.spr.gov.my

tak tahu undi dekat mana prn 2023? ini cara semak pusat mengundi

Sumber: SPR