Ini Rupanya Cara Nama Calon Disusun Dalam Kertas Undi Pilihanraya

Bahang pilihanraya di enam negeri semakin terasa, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi pengundi boleh membuat pilihan bagi menentukan siapa akan mentadbir negeri masing-masing.

tak tahu undi dekat mana prn 2023? ini cara semak pusat mengundi

Enam negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan, yang dijadualkan pada 12 Ogos 2023 (Sabtu).

 

Baca: Tak Tahu Undi Dekat Mana PRN 2023? Ini Cara Semak Pusat Mengundi

 

Semasa proses mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), setiap pengundi akan diberikan sehelai kertas berwarna jingga (DUN) atau kuning (Parlimen), yang mempunyai senarai nama calon masing-masing. Nama calon disusun dari atas kebawah, berserta logo parti pada sebelahnya, dan satu ruangan untuk menandakan simbol ‘X’.

ini rupanya cara nama calon disusun dalam kertas undi pilihanraya

Pernahkan anda terfikir, bagaimana nama calon-calon ini disusun pada kertas undi? Adakah ia dibuat secara rawak oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)? Atau adakah ia bergantung kepada populariti calon tersebut?

 

Nama calon pada kertas undi sebenarnya diatur oleh berdasarkan nombor yang dicabut calon berkenaan pada hari penamaan calon, berdasarkan Perkara 11 (2), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

ini rupanya cara nama calon disusun dalam kertas undi pilihanraya

Setiap calon itu akan membuat satu cabutan undi pada hari penamaan calon, bagi menentukan nama calon tersebut pada kertas. Jika calon itu mendapat cabutan nombor 1, maka namanya akan berada paling atas kertas, dan begitulah seterusnya.

 

@akademipilihanraya_spr

Berapa Ramai yang tahu cara menanda kertas undi dengan betul??

♬ suara asli - semangat yuk

 

Baca juga: Kalau Kidal, Nak Celup Jari Mana Masa Mengundi, Kiri ke Kanan? Ini Jawapannya

 

Sumber: SPR / Peraturan-Peraturan Pilihan Raya