Kucing Anda Kidal Atau Tidak? Ini Cara Kalau Nak Tahu

Kucing berjaya memikat orang ramai dengan kaki kecil mereka yang berbulu.

kucing anda kidal atau tidak? ini cara kalau nak tahu

Tahukah anda, menurut satu kajian, kucing tidak menggunakan mana-mana kakinya untuk bermain, mencakar atau sebarang aktiviti harian, sebaliknya mempunyai kaki dominan sama seperti manusia.

 

Para saintis telah mendapati banyak kucing peliharaan menunjukkan keutamaan yang jelas untuk kaki depan kanan atau kiri ketika berjalan menuruni tangga, mengalihkan objek, atau mencari makanan. Keutamaan ini juga berbeza mengikut jantina, iaitu jantan cenderung lebih suka kaki kiri mereka, sedangkan betina lebih cenderung ke kanan.

kucing anda kidal atau tidak? ini cara kalau nak tahu

Ini mencerminkan apa yang dilihat pada manusia kerana lelaki lebih cenderung untuk kidal berbanding wanita.

 

"Kami fikir perbezaan ini berkaitan dengan hormon seks," kata penulis utama Deborah Wells, seorang psikologi di Queen's University Belfast, yang juga mengatakan penyelidik masih belum tahu bagaimana atau mengapa ia berlaku.

 

Bermula pada akhir 1970-an, para penyelidik mula mengkaji perbezaan kanan dan kiri pada haiwan lain, termasuk ikan paus, kanggaru, primate, dan juga cacing Caenorhabditis. Antara kajian dibuat adalah bagi memahami bagaimana pilihan ini berkembang dan faktornya kepada aktiviti otak.

 

Maka untuk kajian itu, Deborah Wells telah memerhatikan 44 kucing peliharaan, dengan 20 daripadanya adalah betina dalam rumah mereka sendiri di Ireland Utara.

 

Selama tiga bulan beliau dan penyelidik lain memerhatikan kucing dengan tiga tingkah laku iaitu:

  1. Kaki mana yang digunakan kucing untuk mengambil langkah awal ke kotak mereka,
  2. Kaki mana yang mereka gunakan untuk mengambil langkah pertama menuruni tangga,
  3. Sisi mana mereka bersandar.

 

Mereka juga telah memehatikan kaki mana yang digunakan kucing ketika mencapai lubang sempit untuk mengambil makanan dari pengumpan plastik.

kucing anda kidal atau tidak? ini cara kalau nak tahu

Hasilnya, hampir tiga perempat kucing mempunyai pilihan kaki masing-masing dengan kucing betina lebih cenderung menggunakan kaki kanan mereka. Kucing jantan pula cenderung menggunakan kaki kiri atau kidal, demikian menurut hasil kajian yang diterbitkan bulan ini dalam Animal Behavior.

 

Bagaimana pula dengan kucing anda? Cuba anda perhatikan kecenderungan kaki mereka, sama ada kidal atau kekananan?

 

Sumber: [1]