Masa atau waktu adalah antara perkara penting dalam kehidupan seharian. Ia juga menjadi pilihan utama rujukan untuk umat Islam khususnya dibulan Ramadan ini untuk berbuka puasa dan juga bersahur.
Sempena dengan bulan Ramadan ini, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan mengajak orang ramai untuk membuat semakan dan mengemaskini ketetapan jam di premis masing-masing, khususnya di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan.
Caranya adalah dengan menyelaraskan waktu standard Malaysia menerusi laman web >> https://mst.sirim.my/
Dalam perkembangan lain, kerajaan Malaysia tidak mempunyai perancangan untuk menganjak penetapan waktu di Semenanjung daripada GMT+8 kepada GMT+7 kerana waktu ini didapati lebih sesuai dari segi penjimatan ke atas waktu siang serta akibat atau impaknya ke atas keselesaan dan kebiasaan kehidupan rakyat Malaysia secara keseluruhan.
Sumber: MST / Astro AWANI