Makin Ramai Takut Nak Tukar Baju Di Fitting Room, Ini Cara Kesan Kamera Tersembunyi

Semalam tular kisah rakaman daripada kamera tersembunyi yang memaparkan beberapa individu sedang menukar pakaian mereka dalam ruang persalinan pakaian atau fitting room dari sebuah kedai pakaian popular.

makin ramai takut nak tukar baju di fitting room, ini cara kesan kamera tersembunyi

Perkara itu nyata membuatkan ramai berasa tidak selamat untuk menggunakan fitting room semasa ingin membeli pakaian kerana khuatir privasi mereka terjejas.

 

Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan bagi mengesan kehadiran kamera tersembunyi walau dimana jua anda berada.

 

1. Lakukan pemeriksaan teliti sebaik sahaja anda masuk ke ruang menukar pakaian

makin ramai takut nak tukar baju di fitting room, ini cara kesan kamera tersembunyi

Ini adalah cara paling asas untuk mencari kamera tersembunyi. Lihat kepada semua sudut, cari lubang-lubang kecil bersaiz kamera telefon bimbit pada dinding, lampu, cermin dan sebarang objek serta benda asing yang ada di dalam ruang menukar pakaian. Lihat juga sebarang cahaya berkelip berwarna merah kerana ia mungkin kamera yang sedang aktif merakam. Laporkan kepada pihak berwajib jika anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

makin ramai takut nak tukar baju di fitting room, ini cara kesan kamera tersembunyi

2. Gunakan aplikasi mengesan kamera tersembunyi

makin ramai takut nak tukar baju di fitting room, ini cara kesan kamera tersembunyi

Terdapat beberapa aplikasi yang disediakan secara percuma secara atas talian yang anda boleh gunakan. Cara ini lebih mudah kerana anda hanya perlu halakan telefon bimbit yang sudah dimuatturun dengan aplikasi itu kepada semua sudut.

 

3. Periksa cermin dengan kaedah pantulan kuku

Cara ini mungkin sudah lapuk, namun ia sebenarnya sangat berkesan. Ada kemungkinan cermin yang anda lihat dalam ruang menukar pakaian adalah cermin dua hala.

 

Letakkan kuku jari anda ke cermin. Dalam cermin sebenar, anda tidak boleh melagakan imej kuku dengan pantulan di cermin. Tetapi jika anda boleh menyentuh jari di dalam cermin, kemungkinan besar ia merupakan cermin dua hala.

 

Akhir sekali, segera laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis bantuan atau pengawal jika anda berasa sesuatu yang tidak kena atau mungkin sedang diperhatikan dalam ruang persalinan pakaian anda.