Ini Cara Untuk Kaburkan Rumah Anda Dalam Google Maps!

Jika anda menggunakan perkhidmatan Google Maps, pasti anda pernah melihat beberapa kediaman yang dikaburkan.

ini cara untuk kaburkan rumah anda dalam google maps!

Antara yang akan dikaburkan Google dalam Google Maps adalah nombor plat kenderaan, wajah individu, serta beberapa kediaman serta lokasi membahaya. Tetapi ada cara untuk anda memohon Google supaya mengaburkan kediaman anda daripada dilihat orang ramai.

 

Antara sebab utama memilih untuk mengaburkan kediaman dalam Google Maps adalah faktor privasi dan keselamatan.

ini cara untuk kaburkan rumah anda dalam google maps!

Apa yang perlu anda lakukan adalah melayari Google Maps menggunakan komputer atau laptop dan masukkan alamat lokasi rumah anda.

 

Selepas anda menemui rumah anda menggunakan Street View, klik “Report a Problem” yang ada pada bahagian bawah kanan.

ini cara untuk kaburkan rumah anda dalam google maps!

Kemudian pada “Why are you reporting this image”, klik ”Request blurring” dan “My home”.

ini cara untuk kaburkan rumah anda dalam google maps!

Anda akan diminta untuk memberikan alasan dan masukkan alamat email anda. Selepas selesai, klik pada butang “Submit”.

 

Perlu diingatkan permintaan ini adalah bersifat kekal, bermaksud selepas sahaja rumah anda dikaburkan, anda tidak akan dapat lagi menunjukkan ia kembali dalam Google Maps.

 

Google dalam satu kenyataan menyebut;

“Google mengambil beberapa langkah untuk melindungi privasi individu apabila pengimejan Street View yang diterbitkan ke Peta Google.

"Kami telah membangunkan teknologi pengaburan muka dan plat lesen yang canggih yang direka untuk mengaburkan muka dan plat lesen yang boleh dikenal pasti dalam imejan yang disumbangkan oleh Google dalam Street View.

"Jika anda melihat wajah atau plat lesen anda memerlukan pengaburan tambahan, atau jika anda mahu kami mengaburkan seluruh rumah, kereta atau badan anda, sila buat permintaan menggunakan alat “Report a Problem" pada aplikasi Google Maps,”

 

Sumber: Ladbible