Kereta elektrik (EV) merupakan jenis kenderaan yang beroperasi menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber utama daya.
Ia berbeza daripada kereta konvensional yang menggunakan enjin pembakaran dalam yang memerlukan petrol atau diesel.
Keupayaan kereta elektrik dilihat mampu mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar, menjadikannya pilihan yang semakin popular dalam dunia automotif masa kini.
Salah satu aspek penting dalam menggalakkan penggunaan kereta elektrik adalah lokasi stesen pengecasan EV yang mudah diakses oleh pengguna. Stesen pengecasan EV adalah tempat di mana pemilik kereta elektrik boleh mengisi semula bateri kereta mereka.
Jika anda adalah pemilik kereta EV atau bakal membeli EV anda tidak lama lagi, ini antara aplikasi dan laman web yang boleh anda gunakan bagi mengesan lokasi stesen pengecasan EV terdekat dengan anda:
1. Plugshare
Link Website | App Store | Playstore
2. A Better Route Planner (ABRP)
Link Website | App Store | Playstore
3. JomCharge
Link Website | App Store | Playstore
4. ChargEV
Link Website | App Store | Playstore
5. ParkEasy
Link Website | App Store | Playstore
6. Setel
Link Website | App Store | Playstore
7. Go To-U
Link Website | App Store | Playstore
8. ChargeN’Go
Link Website | App Store | Playstore
Dalam laporan berbeza, kerajaan negeri Selangor merancang akan membina sehingga 1,000 pengecas EV di negeri ini menjelang akhir tahun 2023. Antara kawasan yang akan disediakan pengecas ini adalah seperti di Shah Alam; Petaling Jaya; Subang Jaya; Klang; Kajang serta Ampang Jaya.
Sumber: Carsome / Soyacincau