Orang Awam Kini Boleh Mohon Jadi Pengawas Peperiksaan SPM 2023, Ini Caranya

Buat pertama kalinya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kepda orang awam.

ini antara tips nak skor kertas 1 dan 2 bahasa inggeris spm!

Menurut KPM, permohonan bagi menjadi pengawas peperiksaan SPM 2023 telah dibuka sejak 12 September sehingga 31 Oktober.

 

Ujar KPM, inisiatif itu adalah merupakan salah satu daripada tujuh langkah kementerian berkenaan mengatasi beban tugas guru, seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek pada 17 Februari lalu.

 

Antara syarat yang dikenakan bagi pemohon yang ingin menjadi pengawas peperiksaan SPM 2023 adalah seperti warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 65 tahun, mempunyai sekurangnya kelayakan SPM atau setaraf, bebas dari sebarang rekod jenayah dan mempunyai pengangkutan sendiri.

orang awam kini boleh mohon jadi pengawas peperiksaan spm 2023, ini caranya

Menurut KPM, terdapat lima kategori pemohon yang ditetapkan iaitu Kategori 1 yang terdiri daripada pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; Kategori 2 (pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi).

orang awam kini boleh mohon jadi pengawas peperiksaan spm 2023, ini caranya

Kategori 3 ialah guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri, sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara; Kategori 4 (anggota kumpulan pelaksana atau pekerja kontrak kerajaan) dan Kategori 5 (kakitangan bukan kerajaan atau pesara kerajaan dan swasta).

 

Cara pemohonan adalah dengan mengemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, JPN melalui pautan berikut: Borang Permohonan Sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan Spm (Peperiksaan Bertulis) 2023

orang awam kini boleh mohon jadi pengawas peperiksaan spm 2023, ini caranya

Info lanjut boleh hubungi JPN masing-masing atau emel kepada Lembaga Peperiksaan di khidmatbantu.lp@moe.gov.my