Cara Mudah Daftar i-Akaun KWSP Secara Online

Semalam Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kerajaan kini bersetuju membenarkan pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) sebanyak RM10,000.

kerajaan setuju pengeluaran khas kwsp rm10,000

i-Akaun KWSP merupakan salah satu kemudahan yang diperkenalkan kepada ahli atau mana-mana majikan untuk membuat sebarang urusan secara atas talian tanpa perlu ke kaunter KWSP.

 

Diperkenalkan sejak 2014, i-Akaun boleh disemak ahli yang mempunyai nombor ID ahli KWSP menerusi aplikasi i-Akaun. Namun, ahli perlu membuat pendaftaran pertama kali sebelum boleh mengaktifkan i-Akaun masing-masing dalam tempoh 30 hari.

cara mudah daftar i-akaun kwsp secara online

Ini cara mendaftar dan aktifkan i-Akaun KWSP secara atas talian (online)

.

Cara daftar i-akaun untuk ahli KWSP

.

#1 Sila dapatkan ID & Kata Laluan sementara di pejabat / kios KWSP

#2 Layari Portal KWSP; https://www.kwsp.gov.my/ atau aplikasi i-Akaun

#3 Pilih Log Masuk di tab menu dan tekan i-Akaun (Ahli)

#4 Masukkan No Ahli yang diterima pada ruangan ID pengguna dan klik Teruskan

#5 Masukkan Kata Laluan Sementara yang diterima menerusi SMS dan klik Log Masuk *NOTA: Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam masa 30 hari pengguna menerima SMS

#6 Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan betul pada kotak checkbox dan klik Seterusnya

#7 Cipta ID pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna

#8 Cipta juga kata laluan yang baharu

#9 Seterusnya, pilih Imej Online

#10 Sila isi Frasa Rahsia kemudian klik Seterusnya

#11 Skrin pengaktifan berjaya akan ditunjukkan sebagai paparan. Pengguna boleh terus login ke i-Akaun

.

Bagi mereka yang terlupa kata laluan atau ID pengguna, berikut adalah panduan yang boleh diikuti:

 

#1 Layari Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home

#2 Pilih Log Masuk dan tekan i-Akaun (Ahli)

#3 Tekan Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?

#4 Kemudian, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)

#5 Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP

#6 Tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC

#7 Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.

#8 Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor (contoh: zbcd9123)

#9 Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar

.

Sekiranya mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran i-Akaun KWSP, boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi KWSP di talian berikut:

Telefon: 03 – 8922 6000

 

Laman web KWSP : kwsp.gov.my

 

Sumber: Laman KWSPMysumber