Cara Nak Cari Gambar Lama Kita Pernah Like di Instagram

Instagram atau biasa disebut sebagai IG, merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video secara dalam talian yang dimiliki oleh Meta.

 

Jika anda mula menggunakan aplikasi ini sejak daripada tahun 2010 sewaktu awal pelancarannya, sudah pasti anda mempunyai banyak gambar atau video yang pernah anda berikan tanda suka.

cara nak cari gambar lama kita pernah like di instagram

Masalahnya, bagaimana untuk melihat semula foto atau video yang anda like ini satu persatu? Takkan nak scroll satu persatu sehingga bawah pula kan?

 

Terdapat fungsi di Instagram yang memudahkan anda untuk melihat semula semua foto atau video yang pernah anda like sejak dari mula anda membuka akaun.

 

Caranya seperti berikut:

 

1. Klik pada bahagian atas kanan pada profil akaun Instagram anda.

cara nak cari gambar lama kita pernah like di instagram

2. Cari bahagian ‘Your Activity’

cara nak cari gambar lama kita pernah like di instagram

3. Klik pada bahagian ‘Interactions’, kemudian klik “Likes”.

cara nak cari gambar lama kita pernah like di instagram

cara nak cari gambar lama kita pernah like di instagram

4. Disini anda dapat melihat semua foto yang pernah anda Likes. Anda juga boleh menapis garis masa bermula daripada foto paling lama sehingga yang terbaharu, atau sebaliknya.

cara nak cari gambar lama kita pernah like di instagram

cara nak cari gambar lama kita pernah like di instagram

Pada bahagian ‘Your Activity’ ini juga anda boleh melihat pelbagai fungsi lain termasuk semua komen yang anda pernah tulis, gambar atau video yang pernah anda kongsi, masa anda di Instagram, sejarah akaun, dan banyak lagi.

cara nak cari gambar lama kita pernah like di instagram

Selamat mencuba!