Mi Kuning Rasa Kapur, Ini Cara Orang Lama Buat Sebelum Memasak

Hidangan berasaskan mi mungkin menjadi antara kegemaran ramai. Banyak resipi yang boleh dibuat menggunakan bahan asasnya iaitu mi kuning.

mi kuning rasa kapur, ini cara orang lama buat sebelum memasak

Namun ada antara kita yang mungkin pernah memakan hidangan mi yang terasa agak berkapur dan pahit.

 

Kenapa ini terjadi?

mi kuning rasa kapur, ini cara orang lama buat sebelum memasak

Dalam pembuatan mi kuning, natrium karbonat atau air abu digunakan bagi menambah baik tekstur mi kuning. Ia adalah sejenis bahah alkali yang membuatkan mi kuning mengeras dan tahan lebih lama.

 

Selain natrium karbonat, ada pengilang yang menggunakan natrium hidroksida, dimana nilai alkalinya lebih tinggi dan membuatkan mi kuning lebih tahan lama.

 

Bahan-bahan yang dinyatakan diatas adalah punca kenapa mi anda berasa pahit, kelat dan berkapur. Bahan-bahan ini tidak membahayakan kesihatan jika dimakan pada kuantiti dibenarkan, namun jika berlebihan ia boleh memberi kesan sampingan seperti sakit perut.

 

Untuk mengelakkan rasa berkapur pada mi kuning, berikut adalah cara yang diamalkan orang-orang lama dan berkesan:

 

  1. Keluarkan mi daripada pek pembungkusan. Kemudian, basuh bersih mi terlebih dahulu dengan menggunakan air paip yang mengalir.

  2. Seterusnya, isikan air ke dalam satu bekas atau besen dan rendamkan mi dalam air tersebut.

  3. Kemudian, taburkan gula ke dalam bekas mi tersebut. Anda boleh menggunakan sama ada gula putih atau gula perang. Ia terpulang kepada anda.

  4. Pastikan gula ditabur dengan rata pada mi dan biarkan mi direndam selama sekurang-kurangnya 10 minit. Lebih baik jika mi direndam selama 30 minit.

  5. Setelah itu, buangkan air dan toskan mi tersebut. Bilas mi sehingga bersih dengan menggunakan air paip.

  6. Setelah mee kuning ditoskan kali kedua, anda boleh terus memasaknya mengikut selera anda.

  7. Jangan risau, cara ini berkesan menghilangkan rasa dan bau berkapur yang ada pada mi yang dibeli.

 

Selain itu, merebus mi kuning dalam air mendidih juga dapat mengeluarkan sisa dan lebihan kapur pada mi. Ini juga dapat membuatkan mi berasa lebih sedap, lembut dan tiada rasa kapur.

 

Sumber: Hello Doktor