Ini Cara Pengaktifan & Pemasangan RFID Pada Kenderaan

Baru-baru ini, Kementerian Kerja Raya Malaysia telah membuat kenyataan berhubung penggunaan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) bagi kenderaan Kelas 1 di Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, yang mana dua kaedah pembayaran sebelum ini iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.

ini cara pengaktifan & pemasangan rfid pada kenderaan

Dengan RFID, pengguna berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j, berbanding kaedah sebelum ini yang memerlukan pengguna berhenti dan menurunkan tingkap bagi melakukan transaksi.

 

Ekoran itu, ramai pengguna sudah mula mendapatkan RFID Touch n Go melalui laman web rasmi atau eWallet Touch n Go pada kenderaan masing-masing.

 

Berikut adalah kaedah bagi mengaktifkan dan memasang RFID:

 

#1 Buat pembelian RFID menerusi https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag atau menerusi aplikasi e Wallet TnG.

ini cara pengaktifan & pemasangan rfid pada kenderaan

#2 Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu

ini cara pengaktifan & pemasangan rfid pada kenderaan

#3 Buka pelekat dan tampalkan

ini cara pengaktifan & pemasangan rfid pada kenderaan

ini cara pengaktifan & pemasangan rfid pada kenderaan

#4 Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet

ini cara pengaktifan & pemasangan rfid pada kenderaan

#5 Daftar 24 nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan

ini cara pengaktifan & pemasangan rfid pada kenderaan

#6 Tag anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

Selain kaedah pemasangan sendiri diatas, pengguna juga boleh ke pusat jualan dan pemasangan RFID seperti tertera disini https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

 

Selepas selesai pemasangan, anda boleh menambah nilai RFID secara online melalui aplikasi eWallet TNG.

 

Sumber: [1]