Jom Calonkan Cikgu Terbaik Anda Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s Disini!

Anugerah Guru Inspirasi (AGI) anjuran McDonald’s Malaysia kini kembali lagi.

jom calonkan cikgu terbaik anda untuk anugerah guru inspirasi mcdonald’s disini!

Dengan kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), AGI dilaksanakan bagi menghargai guru-guru yang telah banyak menabur jasa melangkaui tugas hakiki mereka bagi meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar dan membentuk pemimpin masa hadapan di Malaysia.

 

Pencalonan AGI McDonald’s 2023 kini telah dibuka bermula 20 Mac hingga 15 April 2023.  Orang ramai amat dialu-alukan untuk menghantar pencalonan guru mereka melalui penceritaan tentang kisah guru mereka itu yang telah mengubah hidup di samping memberi impak yang positif.

 

Masyarakat Malaysia kini boleh menghantar pencalonan guru pilihan mereka sebagai tanda terima kasih dan menghargai guru-guru yang mereka sanjungi serta telah banyak memberi impak positif dalam kehidupan mereka.  Pencalonan ini boleh dihantar ke:

https://www.mcdonalds.com.my/en/anugerahguruinspirasi

jom calonkan cikgu terbaik anda untuk anugerah guru inspirasi mcdonald’s disini!

Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, tahun ini McDonald’s Malaysia telah menambah hadiah untuk 25 guru inspirasi yang terpilih dan para pencalon guru-guru tersebut. Bagi hadiah guru inspirasi, di samping baucer hadiah wang tunai bernilai RM5 ribu, trofi dan sijil, sekolah di mana guru-guru tersebut bertugas juga akan menerima peruntukan bernilai RM5 ribu untuk menambah baik bilik guru. 

 

Bagi meningkatkan penglibatan pencalon dari kalangan murid-murid sekolah, setiap pencalon yang layak akan menerima Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan. Sijil ini dapat menyumbang kepada markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) mereka di sekolah.

 

Kolaborasi bersama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi acara tahunan ini merupakan salah satu dari inisiatif McDonald’s Malaysia bagi menyahut seruan Menteri Pendidikan dalam Amanat Tahun Baharu 2023 yang mengalu-alukan penglibatan pihak-pihak korporat menerusi pelbagai projek seperti CSR bagi merealisasikan Pendidikan Manusiawi.

 

Selain dari majlis anugerah ini, McDonald’s juga akan menjemput para guru terpilih dari seluruh negara bagi menyertai sambutan Hari Guru di semua restoran McDonald’s dari 1 hingga 31 Mei 2023. Ini juga merupakan inisiatif McDonald’s bagi memeriahkan dan menghargai jasa serta komitmen guru-guru sebagai tulang belakang utama dalam komuniti dalam mendidik dan membentuk impak yang positif di kalangan murid-murid. 

 

AGI anjuran McDonald’s Malaysia ini merupakan acara tahunan sejak 2017 dan telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pendidkan Malaysia. Sejak mula dianjurkan, AGI McDonald’s telah menjadi acara yang dinantikan dan berjaya menarik pencalonan pada setiap tahun. 

 

Sehingga tahun 2022, AGI McDonald’s telah merekodkan sebanyak lebih dari 30,000 pencalonan. Seramai 131 orang guru inspirasi telah menerima AGI McDonald’s ini sejak tahun 2017. 

 

Pemenang akan dipilih melalui proses pemilihan yang terperinci oleh panel hakim mewakili pihak McDonald’s Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pihak media.

 

Anda kini boleh menghantar pencalonan sebagai tanda terima kasih dan menghargai terhadap guru-guru yang mereka sanjungi dan telah banyak memberi impak positif kepada kehidupan mereka. Hantarkan pencalonan anda ke:

https://www.mcdonalds.com.my/en/anugerahguruinspirasi