California Tawar Wang Tunai Dan Hadiah Lumayan Jika Ambil Vaksin

Berita baik buat penduduk di California, Amerika Syarikat yang menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum 15 Jun kerana mereka akan ditawarkan wang tunai AS$116.5 (kira-kira RM482.60) serta baucar tunai.

california tawar wang tunai dan hadiah lumayan jika ambil vaksin

Ia sebagai insentif bagi menggalakkan orang ramai menerima suntikan vaksin COVID-19 dan juga sebagai usaha membentuk imuniti kelompok.

 

Malah, ia dilihat sebagai sokongan bagi membuka semula sektor ekonomi sepenuhnya pada 15 Jun ini.

california tawar wang tunai dan hadiah lumayan jika ambil vaksin

Lebih menarik, penerima vaksin bertuah yang disuntik sebelum tarikh itu akan berpeluang menang wang tunai sebanyak AS$1.5 juta seorang, manakala 30 lagi akan menerima AS$50,000 seorang.

 

Selain wang tunai, banyak juga hadiah yang ditawarkan termasuklah tiket besbol percuma, biasiswa bagi melanjutkan pelajaran dan lain-lain lagi.

 

Usaha-usaha ini telah digunakan oleh kerajaan AS dalam meyakinkan rakyat mengenai kebaikan suntikan vaksin COVID-19, takkala wabak ini telah meragus lebih 3.7 juta nyawa seluruh dunia.

 

Sumber: Astro AWANI