Baru-baru ini, wujud cadangan daripada seorang pakar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai sesi persekolahan yang biasanya bermula 7.30 pagi wajar dilewatkan kepada jam 8.00 pagi.
Menurut Dr Anuar Ahmad, Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terdapat beberapa sebab mengapa waktu sesi persekolahan perlu dilewatkan kepada jam 8.00 pagi.
Antaranya, ia membolehkan pelajar bersarapan terlebih dahulu di rumah bersama keluarga, berbanding perlu bergegas ke sekolah dalam keadaan berlapar di awal pagi.
Malah, cadangan itu sebagai rasa belas kasihan kepada beberapa golongan yang perlu bangun seawal jam 4.30 pagi setiap hari bagi mengejar masa pembukaan sekolah jam 7.30 pagi.
Cadangan oleh pakar ini nyata mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet yang tampil dengan pendapat masing-masing. Ada yang bersetuju dan tak kurang juga ada yang membangkang.
Sumber: Facebook