Balik Kampung dari Lembah Klang Masa Cuti Deepavali? Ini Cadangan Masuk Highway PLUS

Pesta Cahaya atau Hari Deepavali adalah salah satu daripada perayaan masyarakat Hindu di Malaysia. Di Malaysia, perayaan ini disambut dengan agak meriah memandangkan kaum India adalah salah satu daripada tiga kaum utama di Malaysia.

balik kampung dari lembah klang masa cuti deepavali? ini cadangan masuk highway plus

Bagi tahun 2023, Deepavali jatuh pada 12 November, iaitu Ahad dan cuti tambahan pada Isnin, pastinya ramai yang akan mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung dah juga pergi bercuti.

 

Sebelum memulakan perjalanan daripada Lembah Klang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pengguna dinasihatkan untuk rujuk cadangan waktu perjalanan berikut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas:

balik kampung dari lembah klang masa cuti deepavali? ini cadangan masuk highway plus

Bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang, berikut adalah cadangan waktu perjalanan yang digalakkan menurut PLUS:

balik kampung dari lembah klang masa cuti deepavali? ini cadangan masuk highway plus

Pengguna juga dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch ‘n Go dan baki eWallet Touch ‘n Go untuk RFID telah ditambah nilai dan sentiasa mencukupi.

 

Cadangan Waktu Perjalanan adalah inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu orang ramai merancang perjalanan di lebuh raya. Walau bagaimanapun, PLUS akan mengutamakan sebarang kerja segera atau kecemasan yang perlu dilakukan di laluan utama lebuh raya untuk memastikan perjalanan pengguna lebuh raya adalah selamat.

 

Hati-hati memandu dan sentiasalah berhemah di lebuh raya.

 

Sumber: PLUS Malaysia