Ada Cadangan Tukar Nama Tempat Tidak Senonoh Di Malaysia, “Bila Lagi Nak Tukar?”

Nama-nama tempat yang ada di Malaysia khasnya, mendapat namanya berdasarkan sesuatu peristiwa sejarah, mitos, atau sekadar mengambil sempena nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat disekitarnya.

 

Misalnya, negeri Melaka mendapat namanya daripada pohon tempat Parameswara berteduh pada tahun 1400 lalu. Nama ‘Balakong’ di negeri Selangor pula katanya daripada pelabuhan yang mengumpul kayu balak dimana dalam bahasa Cina pelabuhan adalah ‘kong’.

 

Banyak lagi nama-nama tempat yang sehingga kini masih digunakan, namun ada antara nama-nama ini yang dikatakan kurang sesuai kerana membawa maksud tidak baik.

 

Menurut satu hantaran oleh Ibnu Arasy menerusi Utusan, beliau bersyukur kerana nama tempat Batang Berjuntai telah ditukarkan kepada nama lain yang lebih indah iaitu Bestari Jaya.

ada cadangan tukar nama tempat tidak senonoh di malaysia, “bila lagi nak tukar?”

Katanya, masih ada banyak lagi nama tempat yang perlu ditukar segera supaya ia tidak disalah erti dengan tanggapan tidak senonoh.

 

“Sebenarnya masih ada banyak lagi nama tempat yang perlu ditukar segera supaya tidak menjadi bahan sinis generasi akan datang. Saya bagi contoh, Semabok di Melaka.

“Nama-nama lain yang perlu ditukar segera ialah seperti Kota Biawak Busuk di Muar, Johor; Pantai Batu Burok dan Kampung Imam Lapar (Terengganu), Gunong Besar Hantu (Negeri Sembilan), Gua Musang (Kelantan), Batak Rabit (Perak), Kampung Dada Kering (Pahang), Kampung Penajis (Negeri Sembilan) dan Kampung Seronok (Pulau Pinang)” ujarnya.

ada cadangan tukar nama tempat tidak senonoh di malaysia, “bila lagi nak tukar?”

Tambah beliau lagi mungkin ada yang akan menentang cadangan ini namun beliau tetap hormati pandangan masing-masing. Namun baginya, bila lagi hendak tukar sedangkan sudah lama nama tempat yang pelik, jelik dan buruk digunakan?

 

Apa pula pendapat anda?

 

Sumber: Utusan Online