Cadangan Tapak Pelancaran Roket ke Angkasa Lepas di Malaysia Kini Dalam Kajian

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini dalam proses penelitian untuk membangunkan garus panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran roket ke angkasa lepas di Malaysia.

cadangan tapak pelancaran roket ke angkasa lepas di malaysia kini dalam kajian

Menurut laporan, langkah ini bakal membuka peluang kepada Malaysia untuk turut serta dalam penerokaan aeroangkasa dan menjadi salah satu negara yang mempunyai pusat pelancaran roket ke angkasa lepas.

 

Malah Malaysia dikatakan mempunyai beberapa keunikan seperti terletak berhampiran garisan khatulistiwa, berbanding dengan lokasi pelancaran roket di negara lain.

cadangan tapak pelancaran roket ke angkasa lepas di malaysia kini dalam kajian

Jika idea ini berjaya direalisasikan, Malaysia adalah negara ke-9 di dunia yang mempunyai tapak pelancaran roket ke angkasa lepas.

 

Buat masa ini, Agensi Angkasa Malaysia sedang dalam usaha mengadakan penelitian dan mengkaji cadangan ini, sebelum ia dibawa ke peringkat seterusnya.

 

MOSTI dalam pada itu masih belum menyatakan mana-mana lokasi yang sesuai untuk dijadikan tapak pelancaran roket ke angkasa lepas.

cadangan tapak pelancaran roket ke angkasa lepas di malaysia kini dalam kajian

Terdahulu, Sabah pernah berkongsi yang negeri itu turut sedang mengkaji kebolehlaksanaan dan kesesuaian untuk membina pusat pelancaran ke angkasa di negeri tersebut.

 

Sumber: MOSTI