Tempoh Sah Laku 10 Tahun Sijil Kursus Kahwin Masih Peringkat Cadangan JAKIM

Sijil kursus kahwin atau pra perkahwinan adalah salah satu dokumen penting yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan nikah kepada pejabat agama Islam daerah (PAID) masing-masing.

mulai oktober, sijil kursus kahwin hanya sah laku tempoh 10 tahun sahaja

Ramai antara kita yang mungkin memilih untuk mengikuti kursus kahwin lebih awal, untuk mengelakkan kekalutan di saat akhir. Malah, ada yang mengikuti kursus perkahwinan ini sewaktu zaman universiti lagi meskipun belum ada perancangan untuk berkahwin.

 

Baru-baru ini, tular satu laporan yang menyatakan sijil kursus perkahwinan akan mempunyai tarikh luput dan hanya sah laku untuk 10 tahun daripada tarikh ia dikeluarkan, bermula Oktober depan.

mulai oktober, sijil kursus kahwin hanya sah laku tempoh 10 tahun sahaja

Bagaimanapun menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), perkara itu masih diperingkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan. Cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin.

 

JAKIM dalam pada itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini apabila ianya dimuktamadkan bersama pihak berkuasa agama negeri kelak.

tempoh sah laku 10 tahun sijil kursus kahwin masih peringkat cadangan jakim

Sumber: JAWI, JAKIM