Risau Simpanan Tak Cukup, Wujud Cadangan Naikkan Umur Bersara 62 Tahun

Satu cadangan umur persaraan pekerja di Malaysia dinaikkan kepada 62 tahun dengan alasan bagi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi sebagai bekalan selepas bersara.

risau simpanan tak cukup, wujud cadangan naikkan umur bersara 62 tahun

Menurut pakar ekonomi, Mohammed Abdul Khalid, peningkatan usia bersara tidak akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat kerana ekonomi semakin berkembang sekaligus peluang pekerjaan masih terbuka.

 

“Kerajaan dicadangkan menaikkan had umur persaraan kerana kebanyakan rakyat berada di paras kemiskinan.

“Bila kita cerita tentang wang persaraan tidak cukup, mahu atau tidak kumpulan ini tetap perlu bekerja bagi memastikan kelangsungan hidup,” katanya.

 

Untuk info, had umur pencen di negara ini sudah mengalami tiga kali perubahan dalam tempoh 20 tahun, bermula pada 2001 apabila umur bersara penjawat awam dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun dan kemudian pada 2008, dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun. Perubahan sekali lagi disaksikan pada 2012 apabila had usia persaraan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

 

Sumber: Sinar Harian