Elak Jem Atas Highway, Ini Cadangan Masa Keluar Dari Lembah Klang Kalau Nak Balik Beraya

Musim perayaan kini hampir tiba. Orang ramai sudah pasti sedang dalam perancangan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.

elak jem atas highway, ini cadangan masa keluar dari lembah klang kalau nak balik beraya

Lebuhraya Utara-Selatan juga pasti menjadi pilihan untuk mereka yang pulang sambil memandu kenderaan sendiri.

 

Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas sepanjang musim perayaan ini, PLUS telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan di lebuhraya utara-selatan sempena cuti perayaan hari raya Aidilfitri.

 

Menurut PLUS, perjalanan keluar dari Lembah Klang pada 19 April hingga 1 Mei 2023 adalah seperti berikut:

> Perjalanan ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kuala Kangsar-Bukit Merah) dan Johor : Sebelum 9 pagi.

> Perjalanan ke Perak (Tanjung Malim-Ipoh), Negeri Sembilan dan Melaka: Diantara 12 tengah hari hingga 3 petang.

 

Manakala bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pula adalah sebelum 9 pagi untuk mereka yang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

 

Menurut PLUS lagi, sebanyak 2 juta kenderaan dijangka akan berada diatas lebuhraya sempena musim perayaan ini.

elak jem atas highway, ini cadangan masa keluar dari lembah klang kalau nak balik beraya

“Cadangan Waktu Perjalanan ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan,” ujar PLUS dalam satu kenyataan.

 

Pengguna juga dinasihatkan untuk sentiasa semak baki kad Touch ‘N Go dan eWallet untuk berada dalam keadaan mencukupi.

elak jem atas highway, ini cadangan masa keluar dari lembah klang kalau nak balik beraya

Sumber: PLUS Malaysia