Cadangan Wujudkan Cuti Khas Bagi Wanita Alami Senggugut

Masalah sakit haid teruk atau 'dismenorea' (senggugut) menyebabkan ramai wanita mengalami sakit kepala, cirit-birit, pening, muntah, sakit pada kaki dan pengsan sehingga menyukarkan mereka untuk melakukan pekerjaan.

cadangan wujudkan cuti khas bagi wanita alami senggugut

Ekoran itu, wujud cadangan untuk menggubal undang-undang bagi memperuntukan cuti khas kepada wanita yang mengalami masalah ini.

.

Cadangan itu sama seperti yang sedang dipraktikan di Sepanyol yang telah meluluskan undang-undang sedemikian, supaya pesakit tidak menggunakan kouta cuti sakit (MC) tahunan mereka untuk keadaan yang mungkin berulang setiap bulan.

.

Menurut tinjauan yang dilakukan pada 2017, sebanyak 86 peratus wanita yang ditinjau mengatakan mereka mengalami senggugut. Dalam kalangan wanita yang mengalami sakit ini dan pernah bekerja, 81 peratus daripada mereka berkata ia menjejaskan keupayaan mereka untuk bekerja dengan baik.

cadangan wujudkan cuti khas bagi wanita alami senggugut

Justeru, cadangan untuk memperuntukan cuti khas ini akan dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk penelitian lanjut.

.

Beberapa negara seperti Indonesia, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan sudah membenarkan pekerja wanita mereka untuk menggunakan cuti haid sehingga dua hari setiap bulan, khasnya mereka yang mengalami sakit haid teruk.

.

Sumber: [1]