Bagi mengawal penularan jangkitan wabak COVID-19, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengambil pendekatan meluaskan suntikan vaksinasi kepada semua peringkat usia bermula enam bulan ke atas.
Pendekatan vaksinasi itu tidak hanya disasarkan kepada kumpulan penduduk berisiko tinggi seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pakar dan negara lain.
Sebaliknya, vaksinasi itu akan diberi lebih meluas kepada semua peringkat umur, sama seperti suntikan selesema tahunan yang disarankan.
Menurut pengarah CDC As, Mandy Cohen berjata, arahan penggunaan meluas vaksin COVID-19 akan disediakan sebelum kempen vaksinasi dibuat dalam masa beberapa hari.
Bagaimanapun, cadangan itu berbeza dengan kebanyakkan negara Eropah lain yang hanya mengutamakan vaksinasi kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan lain yang terdedah.
Cadangan untuk memperluaskan program vaksinasi di Amerika Syarika dilihat pakar sebagai lebih bermanfaat, berbanding hanya diberi kepada golongan sasar.
Untuk itu, vaksin yang dibuat Pfizer bersama rakan kongsi BioNTech SE serta Moderna akan digunakan.
Terdahulu, jumlah jangkitan COVID-19 dan kemasukkan ke hospital kini semakin meningkat di AS, Eropah dan Asia tetapi ia masih jauh dibawa paras tertinggi sebelumnya.
Sumber: Reuters