Bumi Makin Condong Arah Timur Akibat Dari Aktiviti Ambil Air Bawah Tanah – Kajian

Gara-gara aktiviti pengambilan air bawah tanah yang berlaku sejak tahun 1993 hingga 2010, kajian kini mendapati Bumi semakin mencondong ke arah timur.

bumi makin condong arah timur akibat dari aktiviti ambil air bawah tanah – kajian

Kajian dibuat sekumpulan penyelidik dari Korea Selatan yang mendapati aktiviti pengambilan air bawah tanah di seluruh dunia untuk pelbagai kegunaan telah mengubah jisim Bumi, seterusnya menjadikan paksi Bumi bergoyang.

 

Ujar mereka, pengambilan air dalam jumlah besar telah menyebabkan Bumi condong 78.5 sentimeter ke arah timur antara tempoh 1993 hingga 2010.

 

“Kutub putaran Bumi sebenarnya banyak berubah.

“Namun, pengagihan air di planet ini mempengaruhi cara jisim diagihkan menyebabkan apabila air diambil dari satu bahagian planet Bumi, paksinya mula bergerak dan bergoyang,” kata ahli geofizik di Universiti Kebangsaan Seoul, Ki Weon-seo.

bumi makin condong arah timur akibat dari aktiviti ambil air bawah tanah – kajian

Tambah lagi, penyelidik bergantung kepada anggaran sebanyak mana air bawah tanah yang dikeluarkan manusia menerusi data oleh pakar di Belanda pada 2010.

 

Menurutnya, manusia telah mengepam keluar sejumlah 2,150 gigaton air bawah tanah, bersamaan lebih 6mm kenaikan paras air laut dari 1993 hingga 2010.

 

Kajian mengenai fenomena ini telah diterbitkan dalam jurnal Geophysical Research Letters.

bumi makin condong arah timur akibat dari aktiviti ambil air bawah tanah – kajian

Sumber: Forbes