Menjelang 2100, Bumi Akan Alami Kepupusan Besar-Besaran, Kini Fasa Ke-6

Bumi bakal berdepan dengan kepupusan besar-besaran menjelang tahun 2100, demikian menurut satu kajian yang dijalankan sekumpulan saintis dari Australia dan Eropah.

menjelang 2100, bumi akan alami kepupusan besar-besaran, kini fasa ke-6

Kepupusan besar-besaran itu akan menghapuskan lebih satu perempat biodiversiti dunia menjelang 2100, dan 10 peratus kepupusan membabitkan semua spesis tumbuhan dan haiwan menjelang 2050.

 

Kajian dibuat selepas sekumpulan saintis yang diketuai oleh saintis dari Suruhanjaya Eropah, Giovanni Strona dan profesor dari Flinders University, Adelaide, Corey Bradshaw membangunkan ‘bumi maya’ untuk melihat kepupusan global akibat perubahan iklim.

menjelang 2100, bumi akan alami kepupusan besar-besaran, kini fasa ke-6

Menurut penyelidik, antara faktor yang turut mendorong kepada kepupusan itu adalah eksploitasi tanah secara berlebihan, perubahan guna tanah, penuaian berlebihan, pencemaran, perubahan iklim dan `pencerobohan biologi’.

 

Malah pengkaji turut memaklumkan bumi kini berada di fasa keenam kepupusan secara besar-besaran disebabkan aktiviti manusia dan perubahan iklim.

 

Antara hidupan yang diancam kepupusan adalah gajah dan koala serta orkid dan serangga kecil.

 

Sumber: Utusan