Satu hantaran yang tular di media sosial Facebook kononnya bulan Februari 2023 adalah bulan yang unik dalam tempoh 823 tahun rupanya adalah palsu.
Menurut hantaran yang tular itu, katanya bilangan hari dalam bulan Februari 2023 mempunyai jumlah yang sama iaitu sebanyak empat kali dalam sebulan.
Bermaksud, bilangan hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu atau Ahad mempunyai bilangan sebanyak empat kali dan ia dikatakan hanya terjadi sekali dalam tempoh 823 tahun.
Menurut Facebook Ajar, jika dihitung selama 28 hari, sudah terbukti akan memperoleh sebanyak empat hari bagi setiap hari.
Bermaksud, jika tahun itu adalah tahun lompat yang mana bulan Februari mempunyai 29 hari, akan ada satu hari dalam bulan Februari itu lebih daripada hari lain.
Sumber: Facebook