Chelsea Anjur Buka Puasa di Stadium Stamford Bridge, Penyokong Dijemput Hadir

Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea akan menganjurkan jamuan berbuka puasa buat julung kalinya di stadium Stamford Bridge.

chelsea anjur buka puasa di stadium stamford bridge, penyokong dijemput hadir

Jamuan berbuka puasa yang akan diadakan 26 Mac depan turut menjemput sejumlah jemaah dari masjid tempatan dan ahli komuniti Islam serta penyokong Chelsea termasuk pelajar sekolah bersama-sama kakitangan Chelsea FC.

 

Menurut Ketua Yayasan Chelsea, Simon Taylor berkata, pihaknya berbesar hati menganjurkan jamuan berbuka puasa dan tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran semua orang.

 

Dengan kerjasama badan amal, Ramadan Tent Project, ia mempunyai matlamat untuk menerapkan pemahaman tentang bulan yang mulia ini.

 

Sumber: Bernama