Gara-Gara Ikut Trend, Budak Nyaris Maut Tertelan Magnet

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Birmingham, England, nyaris maut selepas mengikut trend di laman sosial hingga tertelan bebola magnet.

gara-gara ikut trend, budak nyaris maut tertelan magnet

Kanak-kanak itu dikatakan mengikut trend seakan menindik lidah dengan menggunakan bebola magnet, sebelum secara tidak sengaja tertelan lima biji objek berkenaan baru-baru ini.

 

Kanak-kanak itu kemudiannya mengadu rasa sakit sebelum dikejarkan ke hospital kanak-kanak di Birmingham dan doktor mengesyaki berlaku kebocoran pada usus.

 

Beliau kemudian segera dikejarkan ke wad pembedahan pada Sabtu bagi mengeluarkan magnet yang tersekat pada saluran usus kecilnya.

 

Ibu kepada kanak-kanak tersebut meluahkan rasa terkilan selepas anaknya itu terikut-ikut trend di laman sosial, hingga menyebabkan anaknya itu hampir maut.

 

Trend yang kini popular dibeberapa negara membuatkan seseorang itu kelihatan seolah-olah menindik lidah, menjadi ikutan ramai meskipun ia sangat membahayakan nyawa.

 

Justeru orang ramai diingatkan agar tidak mengikut trend yang membahayakan nyawa dan sentiasa memantau aksi anak-anak supaya insiden seperti ini tidak berlaku.

 

Sumber: Dailystar