Sangkakan Mainan, Budak 4 Tahun Baring Atas Ular Senduk Di Perak Berjaya Diselamatkan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun pada mulanya dilihat sedang berbaring sambil menonton televisyen.

sangkakan mainan, budak 4 tahun baring atas ular senduk di perak berjaya diselamatkan

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kehadiran seekor ular, dipercayai ular senduk pada bahagian bawah badan kanak-kanak itu.

 

Kejadian yang berlaku pada waktu pagi di sebuah rumah dekat Taman Serai Perdana, Bagan Serai, Perak pada Isnin yang lalu (24 Julai), telah dirakam pengasuh kanak-kanak terbabit yang juga bertindak menelefon Bomba bagi mendapatkan bantuan.

 

@ummu_miqdad91 Allah pelihara budak ni..Allah berkuasa, makhluk tak Ada kuasa ..Ular YG berbisa tak mampu BG mudarat Tanpa izin Allah .. #ularsenduk#ularmasukrumah #allahberkuasamakhluktiadakuasa #fypシ゚viral #foryoupage❤️❤️ #trending #trendingtiktok ♬ original sound - Nora_Fisza

 

Dilaporkan, semasa menunggu ketibaan Bomba dan penyelamat, pengasuh tersebut meminta kanak-kanak berkenaan untuk tidak bergerak.

 

“Semasa tiba di lokasi kejadian didapati kanak-kanak itu sedang berbaring dan menindih ular tedung yang panjangnya 0.4 meter.

“Anggota bertindak menangkap ular manakala seorang lagi anggota mengangkat mangsa,” demikian menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon.

 

Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah selamat dipulangkan kepada pengasuhnya. Ular tersebut pula telah dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh daripada penempatan penduduk.

 

Sumber: Sinar Harian Twitter