Pernahkah anda melakukan senaman ‘push-up’? Berapa kali bilangan turun naik yang anda boleh buat?
Tahukah anda seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini mampu melakukan senaman ‘push-up’ hanya menggunakan sebelah tangannya dengan dua jari?
Digelar ‘mini-Bruce Lee’, Ryusei Imai, kanak-kanak dari Jepun ini berkata beliau amat meminati seni mempertahankan diri, sehinggakan beliau menjalani latihan bagi mendapatkan bentuk badan berketak-ketak.
“Saya sudah menonton filem lakonan Bruce Lee sejak berusia satu tahun, dan berlatih untuk menjadi sepertinya,” kata Ryusei.
Dalam satu foto di Instagram, Ryusei turut menunjukkan aksi melakukan push-up dengan menggunakan dua jari dan sebelah tangan dibelakang. Ia mungkin amat sukar dilakukan bukan sahaja oleh kanak-kanak seusianya, malah orang dewasa juga.
Ryusei juga sering berkongsi foto dan video melakukan latihan dan senaman berat termasuklah latihan otot, berlari dan senaman lantai.
Minat terhadap Bruce Lee datangnya daripada bapanya sendiri yang juga merupakan seorang peminat fanatik pelakon aksi itu.
“Saya sangat suka kepada Bruce Lee, begitu juga anak saya,” kata bapa Ryusei.
Sumber: Daily Star