Budak 7 Tahun Maut Lepas Main Dekat Debu Batu Kapur, Foto Terakhir Jadi Pengajaran

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun maut selepas bermain dan bergambar dikawasan debu batu kapur, dekat daerah Parana, Brazil.

budak 7 tahun maut lepas main dekat debu batu kapur, foto terakhir jadi pengajaran

Kejadian berlaku pada 3 Ogos lalu selepas kanak-kanak bernama Arthue itu melihat ada selonggok debu putih di tepi sebuah jalan. Beliau ketika itu bersama ibu dan bapanya, segera bermain, berguling malah diambil foto sebagai kenangan.

 

Ketika kejadian, kedua ibu dan bapanya tidak melihat debu putih itu sebagai suatu yang membahayakan.

 

Namun selang seketika, ibu dan bapa Arthur mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan tubuh badan anak mereka, lalu dia dibawa ke hospital berdekatan.

 

Malangnya, doktor yang merawat kanak-kanak itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana debu halus itu telah memenuhi paru-paru beliau, menyebabkan juga keracunan.

budak 7 tahun maut lepas main dekat debu batu kapur, foto terakhir jadi pengajaran

Selepas pemeriksaan, barulah mereka tahu debu putih itu rupanya adalah debu batu kapur yang biasanya digunakan dalam binaan konkrit. Ia boleh merengsa kulit jika bersentuhan, malah boleh menyebabkan maut jika dihidu terus.

 

Kanak-kanak itu juga dilaporkan maut ketika mendapatkan rawatan di hospital.

 

Menurut Institut Penyelidikan dan Teknologi Brazil, jika seseorang terhidu debu batu kapur dan mula menunjukkan gejala keracunan, mereka harus menerima bantuan pernafasan atau oksigen dan rawatan perubatan segera. Malangnya, keluarga Arthur tidak tahu debu putih itu boleh meragut nyawa anak mereka.

 

Sebagai pengajaran kepada ibu dan bapa lain agar tidak mengulangi perbuatan yang sama, keluarga Arthur menyiarkan gambar terakhir budak lelaki itu sebagai penghormatan.

budak 7 tahun maut lepas main dekat debu batu kapur, foto terakhir jadi pengajaran

Sumber: Oddity Central