Buat Kerja Bersama Kucing Akan Jadikan Kita Lebih Bahagia- Pakar

Pakar psikologi mendedahkan, bekerja dari rumah bersama haiwan kesayangan seperti kucing boleh membantu meningkatkan kesihatan seseorang itu menjadi lebih baik.

buat kerja bersama kucing akan menjadikan lebih bahagia- pakar

Menurut pakar psikologi tingkah laku Jo Hemmings berkata, menerusi satu kerjasama mereka antara pakar pemakanan haiwan kesayangan, Purina dalam menentukan kesan bekerja bersama haiwan kesayangan di rumah.

“Ia mewujudkan rasa normal dan suasana terasa lebih ‘hidup’. Salah satu perkara unik mengenai haiwan peliharaan adalah bahawa bagi mereka setiap hari adalah hari yang lain.

“Ada satu aura misteri tentang haiwan yang membantu menghilangkan perkara-perkara yang mungkin memberi tekanan kepada kita semua,” katanya.

buat kerja bersama kucing akan menjadikan lebih bahagia- pakar

Tambahnya lagi, bekerja sambil ditemani haiwan peliharaan menjadikan seseorang itu lebih bahagia kerana tindakan itu dapat mengurangkan kadar kortisol dan adrenalin dalam darah.

“Haiwan peliharaan mengurangkan kadar kortisol dan adrenalin dalam aliran darah anda, membantu mengawal kegelisahan dan menjadikan keadaan lebih tenang.

“Bagi sesiapa yang mempunyai anjing atau kucing yang sering mengganggu panggilan menerusi aplikasi penstriman langsung seperti Zoom, perlu diketahui bahawa haiwan peliharaan adalah permulaan perbualan yang hebat dan sering menjadi pencetus perbualan ketika berjumpa dengan orang yang tidak dikenali,” katanya.

 

Sumber: Kosmo!