Orang Ramai Kini Boleh Buat Aduan Jalan Rosak Guna Aplikasi MYJalan

Orang ramai kini boleh membuat sebarang aduan berkenaan jalan rosak menerusi aplikasi MYJalan.

orang ramai kini boleh buat aduan jalan rosak guna aplikasi myjalan

Aplikasi yang disediakan Kementerian Kerja Raya itu merupakan satu platform aduan setempat bagi memudahkan aduan dibuat.

orang ramai kini boleh buat aduan jalan rosak guna aplikasi myjalan

Menurut Menterinya, aplikasi itu sudah boleh digunakan sejak minggu lalu, digunakan untuk menyalurkan maklumat supaya kerosakan jalan raya dan kemudahan lain termasuk lampu jalan serta isyarat dapat dibaik pulih.

orang ramai kini boleh buat aduan jalan rosak guna aplikasi myjalan

"Aplikasi MYJalan akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini, namun ia sudah boleh digunakan sejak minggu lalu lagi," kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

 

 

Pengguna boleh memuat turun aplikasi MYJalan KKR menerusi Google Play Store dan Apple App Store

 

Sumber: BH