Buang Kucing Di Pasar Ibarat Hantar Mereka Ke ‘Neraka’

Kucing merupakan haiwan kesayangan yang popular dalam kalangan masyarakat. Dikenali dengan sifat lembut dan lucu, kucing sering menjadi peneman setia dalam kehidupan manusia.

buang kucing di pasar ibarat hantar mereka ke ‘neraka’

Namun ada kucing yang kurang bernasib baik, dibuang begitu sahaja oleh pemilik mereka, atas sebab-sebab tertentu. Antara lokasi popular yang sering menjadi tempat pembuangan kucing adalah di pasar awam.

 

Menurut seorang pengguna di laman Twitter, tindakan segelintir pihak yang membuang kucing atau anjing di pasar dengan harapan mereka boleh hidup sendiri, adalah satu perkara yang mendukacitakan.

buang kucing di pasar ibarat hantar mereka ke ‘neraka’

Ujar pengguna itu, kebanyakkan kucing yang diletakkan di pasar akan mati kelaparan, dilanggar kenderaan atau lebih teruk lagi akan mati akibat diracun individu yang tidak bertanggungjawab.

 

“Ramai yang tidak tahu, pasar adalah ‘neraka’ bagi kucing. Saya tidak faham mengapa ada segelintir individu yang bertindak membuang kucing di pasar kononnya di sana, ada banyak sumber makanan.

“Anak-anak kucing misalnya, mereka tidak pandai cari makanan sendiri. Akhirnya, mereka mati kelaparan,” kata pengguna Twitter itu sambil berkongsi foto kucing yang mati diracun peniaga di pasar atas tanda protes.

buang kucing di pasar ibarat hantar mereka ke ‘neraka’

Tambah lagi, tindakan membuang kucing di pasar adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

 

“Kenapa ramai orang buang kucing? Sebab tidak mahu mandulkan kucing yang ada di rumah. Apabila kucing beranak pinak, mereka mula ambil jalan mudah dengan cara membuang di pasar. Masalah ini tidak akan selesai selagi ada manusia kejam yang anggap kucing-kucing ini ibarat sampah.

“Pencinta dan penyelamat kucing sangat tertekan sehingga hadapi tekanan mental yang teruk. Ada juga yang catu makanan sendiri sebab hendak gunakan duit tersebut untuk beli makanan kucing atau anjing.

“Tanamlah sifat ihsan dalam diri. Berbuat baik terhadap haiwan terbiar merupakan satu sumber pahala untuk kita ke syurga,” demikian menurut Stray Cat Foundation dalam satu kenyataan.

 

Sumber: Kosmo! / Twitter