BTS Umum Berpisah Buat Sementara Waktu

Kumpulan K-pop, BTS mengumumkan akan berpisah dan membawa haluan masing-masing buat sementara waktu selepas sembilan tahun bersama.

bts umum berpisah buat sementara waktu

Menurut laporan, keputusan itu diambil bagi memberi ruang kepada tujuh ahli kumpulan BTS memberi fokus kepada kejaya solo mereka.

.

Namun BTS yang dianggotai Jungkook, Jin, RM, V, Suga, J-Hope dan Jimin ini berjanji akan kembali bersatu suatu hari nanti.

.

“Saya selalu rasakan bahawa BTS berbeza dengan kumpulan lain, namun masalah utama sebagai pemuzik dan keseluruhan sistem idola K-pop adalah anda tidak boleh berkembang dan menjadi matang,” kata RM.

“Kami sudah mencapai tahap di mana setiap seorang mempunyai tujuan dan cita rasa muzik tersendiri dan untuk mencapainya, BTS perlu ‘direhatkan’,” ujar Jimin.

bts umum berpisah buat sementara waktu

V pula berkata perpisahan ini adalah sementara dan mereka akan kembali bersatu.

.

“Apabila kami kembali bersatu, sinergi BTS akan berada di satu tahap berbeza dan tidak akan sama seperti kumpulan K-pop yang lain,” tegas V.

.

Sumber: [1]