BTS Bawa Mesej Positif, Adakan Perbincangan Bersama Presiden AS

Kumpulan popular Korea Selatan, BTS telah selesai mengadakan lawatan ke Rumah Putih dan juga bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

bts bawa mesej positif, adakan perbincangan bersama presiden as

Pertemuan yang diadakan pada Selasa lalu adalah bagi membincangkan pelbagai isu dan membawa mesej positif kepada dua pihak.

bts bawa mesej positif, adakan perbincangan bersama presiden as

Kumpulan itu turut menyertai Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karine Jean-Pierre dalam taklimat harian sebelum bertemu presiden.

bts bawa mesej positif, adakan perbincangan bersama presiden as

Menurut salah seorang ahli kumpulan BTS, iaitu RM, jemputan ini juga adalah satu penghormatan buat mereka.

.

"Adalah satu penghormatan untuk dipelawa ke Rumah Putih hari ini bagi membincangkan pelbagai isu antaranya berkaitan jenayah kebencian anti-Asia serta kesaksamaan dan kepelbagaian," kata beliau.

.

Rumah Putih turut memaklumkan BTS menjadi platform terbaik untuk “menyebarkan mesej positif ke seluruh dunia.”

 

 

Kunjungan BTS ke Amerika Syarikat mendapat sambutan cukup meriah dengan ratusan peminat berkumpul di luar perkarangan Rumah Putih bagi menyaksikan artis kesayangan mereka secara dekat.

bts bawa mesej positif, adakan perbincangan bersama presiden as

Sumber: [1]