BTS Janji Comeback, Bakal Buat Kemunculan Khas Buat ARMY

Baru-baru ini, salah seorang ahli kumpulan K-pop terkenal, BTS iaitu Jin telah mendaftar bagi latihan wajib ketenteraan.

 

Ekoran itu, kumpulan tersebut terpaksa ‘berehat’ seketika sementara menunggu Jin tamat perkhidmatan tentera itu.

bts janji comeback, bakal buat kemunculan khas buat army

Ketua kumpulan BTS, iaitu RM turut berjanji kepada peminat yang mereka akan kembali bersatu semula sebagai kumpulan dan bakal melakukan kemunculan khas buat ARMY.

 

ARMY merujuk kepada nama peminat kumpulan BTS yang mempunyai ramai ahlinya dari serata dunia.

 

Kenyataan RM untuk comeback itu telah disebut oleh beliau sendiri menerusi satu rancangan khas oleh KBS News 9 pada 18 Disember lalu.

 

Menurut RM, kumpulan BTS dijangka membuat kemunculan semula pada tahun 2025 kelak.

 

“Memandangkan perkhidmatan ketenteraan Jin akan berlangsung selama 18 bulan, sudah pasti kami tidak boleh berbuat apa-apa,” ujarnya pendek.

 

Sumber: Kosmo!