"Susah Nak Jadi Macam Bapa Sendiri" - Brooklyn Beckham Dedah Sebab Berhenti Main Bola

Anak sulung pemain bola sepak dunia, David Beckham iaitu Brooklyn Beckham mendedahkan bahawa dirinya memutuskan untuk berhenti bermain bola sepak selepas menyedari ia akan menjadi ‘sukar’ bagi mencapai tahap kehebatan bapanya sendiri.

susah nak jadi macam bapa sendiri - brooklyn beckham dedah sebab berhenti main bola

Brooklyn yang baru berusia 23 tahun, pernah bermain di akademi remaja Arsenal.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan sukan itu apabila kelab tersebut melepaskannya pergi ketika berusia 16 tahun.

“Untuk mencuba dan memenuhi apa yang ayah saya lakukan dalam bola sepak, saya hanya mampu berkata, ‘ia akan menjadi agak sukar’,” kata Brooklyn.

David, 47, telah diangkat sebagai salah seorang pemain tengah terhebat dalam generasinya serta memenangi 19 trofi utama sepanjang karier bola sepaknya selama 20 tahun.

Sejak berpisah dengan sukan itu, Brooklyn telah menceburi bidang lain termasuk fotografi yang dipelajarinya di Parsons School Of Design di New York sebelum akhirnya memutuskan untuk menceburi bidang memasak baru-baru ini.

Sementara itu, adik Brooklyn iaitu Romeo, 19, telah meneruskan karier bola sepak dan kini bermain untuk Inter Miami FC, yang dimiliki bapanya.


Sumber: Daily Mail