Jika anda seorang yang gemar memandu dalam keadaan tidak memakai kasut, Britain bukanlah tempat yang sesuai untuk anda melakukan sedemikian.
Ia selepas pihak berkuasa mengenakan denda sehingga £5,000 (RM29,256) pada mana-mana orang awam yang ditangkap memandu tanpa memakai kasut, lebih-lebih lagi ekoran cuaca panas ketika ini.
Pakar turut mengeluarkan amaran tentang bahayanya pemanduan jika tidak memakai kasut yang sesuai, selari dengan Undang-Undang 97 Kod Lebuh Raya yang digunakan di negara berkenaan.
Pada mulanya, denda sebanyak £100 (RM138) dan tolak tiga mata merit pemanduan dikenakan jika didapati bersalah atas kesalahan tersebut. Namun, jika pesalah dihadapkan ke mahkamah, denda itu meningkat menjadi i £5,000, sembilan mata ditolak dan kemungkinan larangan pemanduan bagi tempoh tertentu.
Pihak berkuasa jalan raya Britain turut menyenaraikan kasut-kasut yang sesuai atau tidak sesuai dipakai semasa memandu kenderaan. Antara yang tidak sesuai dipakai ketika memandu adalah kasut but dan juga kasut tumit tinggi.
Berikut adalah antara risiko memakai selipar atau sandal ketika memandu:
- Bahagian depan atau sisi selipar boleh tersangkut bawah pedal brek ketika menggerakkan kaki, menyebabkan kegagalan membrek efektif.
- Tapak selipar sudah haus dan boleh menyebabkan kurang traksi atau grip ketika menggunakan pedal. Situasi jadi lebih buruk jika selipar basah.
- Selipar mudah tertanggal hingga menyebabkan gangguan fokus pemanduan kerana pemandu akan cuba menyarung balik selipar mereka.
- Pemandu memakai selipar memerlukan jarak lebih panjang untuk menghentikan kenderaan apabila membrek. Ada kajian mendedahkan pemandu berselipar boleh terlajak jarak hingga 3.5 meter berbanding pemandu berkasut dengan kelajuan 100kmj.
Sumber: Mirror UK / Pandulaju