Boleh Guna Kad Kredit, Debit Untuk Pengangkutan Awam Malaysia Tidak Lama Lagi

Pengguna pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana Malaysia Bhd bakal menikmati satu lagi kemudahan yang menyenangkan ramai pihak.

ini kawasan yang akan dilalui jika anda guna mrt laluan putrajaya

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dalam masa beberapa bulan lagi pengguna pengangkutan awam boleh menggunakan sistem pembayaran terbuka iaitu kad kredit atau kad debit, selain kad Touch ‘n Go seperti ketika ini.

 

Dengan ini, ia dapat memberi pilihan lebih meluas kepada pengguna, kata beliau selepas mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim semalam mengenai monopoli Touch 'n Go yang mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

 

Menurut YB Anthony lagi, kenyataan PM itu bukanlah bermaksud perkhidmatan Touch ‘n Go akan ditamatkan, sebaliknya menambah pilihan sistem pembayaran yang lain kepada pengguna.

 

Ekoran itu, beliau telah mengarahkan agensi termasuk operator di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka termasuklah perkhidmatan bas, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

 

Sumber: Sinar Harian