Aplikasi permesejan popular, WhatsApp kini telah memperkenalkan satu ciri baharu yang membolehkan pengguna mengubah mesej mereka dalam masa 15 minit selepas menghantarnya.
Perkhidmatan penghantaran mesej ini, yang dimiliki oleh Meta, telah memulakan pelancaran global ciri penyuntingan ini, yang akan tersedia kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang.
Menurut Meta, apabila mesej yang dihantar itu telah diubah, ia akan ditandai sebagai "diedit," dan juga kandungan asalnya tidak akan dapat dilihat oleh orang lain.
Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna boleh menekan pada mesej, kemudian memilih "edit" daripada menu yang dipaparkan.
Sebelum ini, satu-satunya pilihan untuk membetulkan mesej yang dihantar dengan terburu-buru atau mengandungi kesilapan adalah dengan memadamkannya dan menghantar yang baru, dengan penerima akan menerima mesej: "Mesej ini telah dipadamkan."
WhatsApp dalam pada itu menyatakan kegembiraan mereka untuk memberikan pengguna lebih banyak kawalan terhadap perbualan mereka, membolehkan mereka membetulkan kesilapan ejaan atau memberikan konteks tambahan.
Aplikasi lain seperti Telegram dan Signal telah menawarkan kemampuan penyuntingan mesej, manakala Twitter memperkenalkan fungsi penyuntingan terhad kepada pengguna melalui Twitter Blue.
Terdahulu, Facebook, juga dimiliki oleh Meta, telah memperkenalkan kemampuan untuk mengedit pos dan komen kira-kira sepuluh tahun yang lalu, manakala Instagram, platform Meta yang lain, membenarkan penyuntingan/edit pos tetapi bukan pada komen.
Sumber: The Guardian