Ramai Tak Tahu, Kita Boleh ‘Claim’ Jika Kereta Rosak Sebab Langgar Lubang

Jalan rosak dan berlubang bukan sahaja boleh menyebabkan kenderaan menjadi rosak, malah ia boleh juga meragut nyawa pengguna jalan raya.

ramai tak tahu, kita boleh ‘claim’ jika kereta rosak sebab langgar lubang

Tahukah anda, sebagai pengguna jalan raya, ada caranya untuk anda membuat tuntutan sekiranya terlanggar halangan mahupun jalan rosak hingga menyebabkan kecederaan mahupun kerosakan pada kenderaan?

 

Menurut peguam, Nur Aqilah Zainal Abidin, pengguna mempunyai hak membuat tuntutan ganti rugi am atau khas di mahkamah jika mereka mengalami kecederaan mahupun kenderaan rosak akibat halangan jalan raya.

 

"Kebanyakan pengguna jalan raya di Malaysia masih belum mempunyai pengetahuan mengenai hak mereka dalam kes sebegini.

"Pengguna jalan raya mengalami kemalangan akibat lubang dan halangan seperti besi atau dahan pokok di jalan raya menyebabkan kecederaan mahupun sebarang bentuk kerugian, pengguna boleh menuntut ganti rugi am dan khas daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap jalan itu," katanya.

 

Ujarnya lagi, tempoh untuk membuat tuntutan adalah antara enam bulan hingga satu tahun, bergantung kepada dokumen diperlukan seperti dokumen balai polis trafik dan perubatan dari hospital mahupun klinik.

ramai tak tahu, kita boleh ‘claim’ jika kereta rosak sebab langgar lubang

"Pengguna perlu membuat laporan polis terlebih dulu dan memberitahu polis trafik tujuan membuat laporan untuk membuat tuntutan ganti rugi am dan khas di mahkamah daripada pihak yang bertanggungjawab.

"Kemudian, polis trafik akan ke tempat kemalangan dan membuat siasatan seperti mengambil gambar kemalangan dan gambar lubang atau halangan di jalan itu.

"Siasatan dan dokumen polis penting dalam membuat tuntutan kepada pihak yang bertanggungjawab tadi," katanya lagi.

 

Bagaimanapun, tuntutan dikira gagal sekiranya pihak bertanggungjawab sudah meletakkan tanda seperti simbol amaran mengenai halangan pada jalan raya.

ramai tak tahu, kita boleh ‘claim’ jika kereta rosak sebab langgar lubang

Bagi memudahkan proses membuat tuntutan, pengguna perlu tahu jalan yang dilalui itu adalah dibawah kelolaan siapa, misalnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR).

 

Berikut adalah cara melakukan tuntutan terhadap Pihak Berkuasa Tempatan:

1. Ambil gambar kenderaan anda dan jalan yang berlubang sebagai bukti.

2. Buat laporan polis. Di dalam laporan; nyatakan nama jalan, kilometer berapa, tarikh dan masa kejadian tersebut berlaku.

3. Semak dengan pihak polis sama ada jalan tersebut dibawah bidang kuasa PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang terlibat. Dapatkan nama PBT yang terlibat dan terus ke pejabat khidmat pelanggan PBT tersebut. Jika kes berlaku di lebuhraya, anda perlu rujuk pada pejabat syarikat konsesi tol.

4. Anda akan diminta untuk mengisi borang tuntutan dan memberikan laporan polis serta gambar kejadian.

 

Sumber: HMetro