BMW Group Malaysia Persembahkan Filem Pendek RAHASIA, Kisah Suku Kaum Purba Mah Meri

BMW Shorties oleh BMW Group Malaysia, iaitu pertandingan filem pendek yang paling berprestij dan dengan sejarah penganjuran yang paling lama di Malaysia, telah membuat tayangan perdana bagi filem ‘RAHASIA’ – sebuah karya pembiayaan BMW yang dibikin oleh Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2022, Syahmi Norsan.

bmw group malaysia persembahkan filem pendek rahasia, kisah suku kaum purba mah meri

Dilatari landskap Pulau Carey yang mengagumkan, RAHASIA merangkap sebuah kisah yang bertemakan identiti, keluarga, dan legasi yang berakar umbi dalam suku kaum purba Mah Meri. Filem ini menyulam sebuah cerita yang rumit dengan seni visual yang memukau, menggambarkan bagaimana kehidupan di bandar telah menjauhkan watak utamanya, Samri daripada asal-usul beliau sebagai warga suku kaum Mah Meri dan juga daripada bapanya. Apabila Samri mendapat khabar mengenai adiknya yang sedang sakit tenat, beliau terpaksa pulang dan hadapi segala perkara yang beliau cuba elakkan selama ini.

bmw group malaysia persembahkan filem pendek rahasia, kisah suku kaum purba mah meri

Pengarah RAHASIA, Syahmi Norsan telah menzahirkan penghargaan beliau kepada BMW Shorties atas peluang unik yang diberikan kepada beliau untuk mengetengahkan sebuah subjek yang amat dekat dengan hatinya, ia termasuk suku kaum Mah Meri yang kurang mendapat perhatian di Malaysia – yakni antara suku yang tertua di Semenanjung Malaysia.

 

“Tugas untuk menghidupkan filem pendek ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana kami terpaksa berhadapan dengan cabaran demi cabaran sepanjang proses pembikinannya – dari membentuk hubungan dengan suku kaum tersebut, memperoleh kepercayaan mereka untuk bukan sahaja menjejakkan kaki di tanah keramat mereka tapi juga untuk memastikan mereka selesa berkongsi tentang kisah mereka, hinggalah ke memastikan suku kaum ini digambarkan dengan sebetul-betulnya – terutamanya di pentas global.

“Saya amat bersyukur atas peluang yang diberikan oleh BMW Shorties dan saya berharap untuk melihat lebih ramai pembikin filem watan seperti saya memanfaatkan platform ini bagi mendukung satu sama lain dalam landskap perfileman hari ini yang kian mencabar,” sebut Syahmi.

bmw group malaysia persembahkan filem pendek rahasia, kisah suku kaum purba mah meri

BMW Shorties Awards Night juga telah pun diadakan bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-6. Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-6 berlangsung dari 23 Julai hingga 28 Julai 2023 di pelbagai lokasi serata Kuala Lumpur, dibarisi aneka program sepanjang minggu tersebut, termasuk tayangan filem, kelas pakar, dan peluang untuk bersuai kenal.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai acara BMW Shorties, sila layari laman sesawang rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebooknya di www.facebook.com/bmwshorties dan laman Instagramnya di www.instagram.com/bmwshorties.