BLACKPINK Tambah Lebih Banyak Persembahan Untuk Born Pink World Tour

Kumpulan K-pop wanita popular, BLACKPINK telah menambah bilangan konsert mereka untuk jelajah dunia.

blackpink tambah lebih banyak persembahan untuk born pink world tour

Memetik laporan The Korea Herald, kumpulan itu telah menambah lima lagi persembahan mereka untuk Born Pink World Tour.

 

Antaranya, satu persembahan di Mexico City pada 26 April dan empat persembahan di Australia, iaitu 10 dan 11 Jun di Melbourne, dan 16 serta 17 Jun di Sydney.

blackpink tambah lebih banyak persembahan untuk born pink world tour

blackpink tambah lebih banyak persembahan untuk born pink world tour

Terdahulu, BLACKPINK telah mengumumkan tambahan empat konsert di Asia untuk siri jelajahnya iaitu 19 Mac di Taiwan, 14 Mei di Singapura dan 20 serta 21 Mac di Macau.

 

Jelajah dunia BLACKPINK, yang diadakan bersempena dengan pelancaran album studio kedua Born Pink, telah bermula pada Oktober 2022 dan dijangka berterusan sehingga Jun.

 

Kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa itu akan membuat persembahan untuk peminat di Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac depan, jam 8 malam.

 

Sumber: The Korea Herald