Semua Anggota BLACKPINK Tak Sambung Kontrak Solo Dengan YG Entertainment

Kesemua empat anggota BLACKPINK kini disahkan tidak lagi bernaung dibawah YG Entertainment.

semua anggota blackpink tak sambung kontrak solo dengan yg entertainment

Dalam satu kenyataan oleh syarikat terbabit hari ini memaklumkan, Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose tidak akan memperbaharui kontrak ekslusif solo mereka.

 

“BLACKPINK telah melanjutkan kontrak mereka bersama YG baru-baru ini dan kami juga bersetuju untuk tidak meneruskan kontrak tambahan bagi aktiviti solo mereka.

“Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk BLACKPINK dan tetap menyokong aktiviti solo setiap daripada mereka,” jelas agensi itu.

semua anggota blackpink tak sambung kontrak solo dengan yg entertainment

Awal bulan ini, BLACKPINK dilapor telah memperbaharui kontrak aktiviti berkumpulan mereka namun pada ketika itu tiada kata putus ditetapkan untuk projek solo mereka.

 

Malah, Jennie baru-baru ini juga sudah menubuhkan label sendiri untuk aktiviti solonya.

semua anggota blackpink tak sambung kontrak solo dengan yg entertainment

Untuk info, BLACKPINK memulakan karier seni mereka pada 2016, dengan merekrut Jennie sebagai anggota yang paling awal.

 

Sejak itu, kumpulan wanita Korea Selatan ini telah mencipta pelbagai rekod dan sejarah, bukan sahaja di negara mereka sendiri, malah di peringkat antarabangsa.

 

Sumber: Allkpop