BLACKPINK Dijangka 'Comeback' Seawal Jun Ini

Kumpulan gadis popular Korea Selatan, BLACKPINK dilaporkan akan membuat kemunculan semula seawal Jun tahun ini.

blackpink dijangka 'comeback' seawal jun ini

Menurut Sports Dong-A, sumber yang bekerja dalam industri itu berkata bahawa kumpulan K-Pop ikonik itu sedang bersedia untuk menandakan kepulangan mereka dengan album baru.

Bagaimanapun, tiada tarikh diumumkan secara rasmi oleh kumpulan itu mahupun label mereka YG Entertainment, menurut Soompi.

Pendedahan itu datang daripada salah seorang ahli kumpulan itu sendiri, Jennie ketika penampilannya sebagai tetamu dalam saluran YouTube, The Game Caterers 2 bulan lalu.

“BLACKPINK sedang bersedia untuk membuat kemunculan semula tidak lama lagi,” kata Jennie.

“Saya tidak tahu sama ada saya dibenarkan untuk mengatakan ini, tetapi memandangkan saya berada di sini sendiri hari ini, saya akan mengatakan apa sahaja yang saya mahu.

“Tolong beri semangat kepada kami,” katanya.

Kali terakhir BLACKPINK mengeluarkan album adalah pada Oktober 2020 menerusi The Album yang memuatkan lagu-lagu hit seperti “Lovesick Girls” dan “How You Like That”.

Pada 2021, label itu dilihat lebih menumpukan pada aktiviti solo gadis-gadis itu berbanding promosi berkumpulan.

Berikutan kejayaan single Jennie, Solo pada 2018, dua daripada ahli BLACKPINK yang lain iaitu Lisa dan Rose, kedua-duanya turut mengeluarkan album solo mereka pada tahun lepas.

Album Rose iaitu R telah dikeluarkan pada Mac 2021 manakala Lalisa oleh Lisa menyusul pada September tahun lalu, yang akhirnya diangkat sebagai album paling banyak distrim oleh artis K-Pop di platform Spotify.

Sementara itu, Jisoo membuat penampilan sulungnya dalam drama romantik Korea Selatan, Snowdrop, yang ditayangkan pada Disember tahun lalu.

 

Sumber: [1]